Ketika Allah rindu pada hamba-Nya, Allah
akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya
adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“pergilah pada hamba-Ku lalu timpakanlah
berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Sahabat sekalian, hadirnya ujian itu tanda
Allah sayang.
Bila ujian menghampiri, tabahkan hati..jangan pernah berhenti
berharap pada Ilahi.
Pasti kita temui bahagia hakiki.
Bukankah Allah telah berfirman dalam surah
Al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud;
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)
bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Usahlah kita bersedih hati di atas dugaan yang menimpa kita. Sebaliknya terus ceria dan bersemangat untuk menghadapi hari mendatang.
Ingatlah, kita masih punya dahi untuk bersujud dan tangan untuk berdoa kepada Allah Azza Wajalla.
Mintalah apa saja, pasti dikabulkan-Nya. Cepat atau lambat sahaja. Yang penting, serahkan hati dan diri kita kepada-Nya. Pasti kita beroleh ketenangan hidup. Wallahualam.